Archive for February, 2010


  PERANAN PAKAIAN

    APA ITU PAKAIAN ???

–         Apa-apa baju, seluar ataupun kain yang dipakai di badan dan dapat menutup badan daripada terdedah kepada cuaca panas dan sejuk. 

–         Menurut Islam pakaian merupakan apa-apa kain yang dapat menutup aurat daripada muhrim dengan si pemakai. Garis panduan pakaian menurut islam ialah memakai pakaian yang tidak dapat menampakkan tubuh badan atau aurat, pakaian yang tidak jarang, pakaian yang tidak ketat dan sebagainya. 

 

    Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian !!!!..

  • KEPERLUAN FISIOLOGI

Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam semua keadaan iklim panas dan sejuk. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungikulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh.

Umur dan bentuk tubuh seseorang dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contohnya pakaian wanita yang sedang mengandung perlulah longgar dan mempunyai stail yang ringkas agar mereka selesa memakainya.

                         

Pemlihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh seseorang kelihatan lebih menarik. Contohnya jika seseorang bertubuh kurus dan langsing corak febrik yang sesuai ialah jalur melintang atau kosong serta warna yang terang atau garang dan mengikut stail pakaian yang kenbang sesuai untuknya begitu juga sebaliknya untuk seseorang yang bertubuh gempal.

                                          

  • PENDIDIKAN

Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian. Pengetahuan ini juga dapat mempelbagaikan fesyen pakaian mengikut peredaran zaman.

  • GIOGRAFI

Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas, febrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah febrik yang dapat menyerap lembapandan stail yang sesuai ialah stail longgar untuk memudahkan peredaran udara.

                        

Pakaian tebal daripada febrik buli biri-biri atau kulit diperlukandi negara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup keseluruhan tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udaradan mengekalkan haba tubuh.

      

 

  • PENDAPATAN KELUARGA

Febrik yang eksklusif yang diperbuat daripada febrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkanstatus atau pendapatan seseorang.

  • BUDAYA DAN AGAMA

Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum. Pakaian tradisional ini digenerasikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya tetapi diubahsuai mengikut peredaran zaman.

Contohnya, kebaya ialah pakaian tradisi orang Melayu, ceongsam adalah pakaian tradisi orang Cina dan sari adalah pakaian orang India.

 

                                                                                                     

                                           ( Baju kebaya )                                                ( Sari )                                                    ( Ciongsam )                                                          

  Bagi orang Islam, pakaian mereka perlu menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi agama lain mereka memiliki ketetapan pakaian         masing-masing. Selain itu, warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakaian member pengertian member pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu.

  •         KEMAJUAN TEKNOLOGI

Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siapdikeluarkan denagn mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentitik, membolehkan kita mempunyai febrik dan kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah renyuk dan mudah dijaga.

Perkembangan media massa seperti filem dan video turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian individu.

                                                                      

  •  KEPERLUAN SOSIAL

Seseorang individu memainkan berbagai-bagai peranan dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada msa atau keadaan tertentu.

Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk rasmi dan pakaian seragam unutk menjalankan tugas tertentu.

                                                          

                                                     ( Formal )                                                                (  Kasual )

           Kajian tentang jenis-jenis febrik !!!!..

  • GENTIAN ASLI

Gentian asli ialah gentian yang diperbuat daripada sumber semula jadi dan terbahagi kepaad dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

Gentian tumbuhan untuk febrik adalah gentian yang mengandungi 70% hingga 80% selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi insur karbon, hydrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur.

 Gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut bulu dan filament atau juga dikenali sebagai benang sayat.

   Jenis-jenis gentian asli !!!!!..

  •  KAPAS

Pada peringkat awal bunga bewarna kuning muda dan selepas tiga hari bunga akan menjadi merah serta gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehinggasebesar telur ayam.terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur dan akan merekah apabila buah kapas matang.

                                           

Kapas dapat dikategorikan kepada beberapa jenis kapas Sea Island dan kapas Mesir untuk membuat benang kapas dan febrik yang ringan seperti betiste.

Kapas Amerika sesuai dijadikan febrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan untuk menghasilkan febrik yang berkualiti rendah.

 

  • CIRI-CIRI GENTIAN KAPAS

 

  • KEKUKUHAN

Kapas ialah gentian yang kukuh. Gentian kapas bertambah kukuh apabila basah kerana air yang diserap mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan berhablur di dalam selulosa. Kekukuhan ini membolehkan kapas direbus dan diperah ketika dicuci tanpa merosakkan gentian. Kekotoran juga dapat dikeluarkan dengan mudah.

 KEKENYALAN

Kapas adalah gentian yang tidak kenyal. Ini membolehkan pakaian atau artikel mengekalkanbentuknya, tetapi jika diregang melebihi had,gentian kapas tidak akan kembali ke bentuk asal. Ini menyebabakan.

  • PENYERAPAN LEMBAPAN

Gentian kapas adalah bersifat hidrofilik.ini bermakna gentian tersebut mudah menyerap lembapan. Febrik kapas mengandungi tujuh peratus lembapan dan dapat menyerap sehingga 21% air. Kebolehan menyerap lembaapn seperti peluh menyebabkan febrik ini selesa dipakai.Gentian kapas sesuai dibuat tuala dan pembalut.

  • PENGALIR HABA

Kapas adalah pengalir haba yang baik kerana dapat memindahkan haba tubuh ketika panas dan membuatkan kita merasa sejuk. Ciri-ciri ini membuatkan febrik kapas diseterika pada suhu yang tinggi.

  • TINDAKAN ASID

Asid pekat seperti asid hidroklorik dan sulfuric akan melen]mahkan dan merosakkan febrik. Asid lemah seperti asid astetik dalam cukadan asid buah-buahan tidak meninggalkan kesan kepada febrik sekiranya pakaian dicuci segera.

  • TINDAKAN ALKALI

Gentian kapas tahan kepada alkali seperti sabun dan agen pencuci.tetapi febrik kapas perlu dibilas sehingga bersih untuk mengelakkan perubahan warna. Pakaian kapas yang bewarna putih akan bertukar menjadi kuning jika tidak dibilas dengan bersih.

  • KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Cahaya matahari tidak memberi kesan kepada gentian kapas. Sekiranya warna pakaian menjadi pudar selepas dijemurianya kerana pewarna yang tidak berkualiti.

      PROSES MEMBUAT YAN KAPAS !!!!

 I.      PENGASINGAN

Selepas kapas dipetik, proses memisahkan gentian kapas daripada biji benih dikenal sebagai pengasingan.

 Kapas berbiji dimasukkan di dalam mesen yang mempunyai gigi gergaji untuk mencengkau gentian dan menariknya ke dalam beberapa lubang sempit. Biji kapas yang bersaiz besar tidak dapat masuk ke dalam lubang dan gentian dipisahkan daripada biji.

 Untuk memudahkan memudahkan pengangkutan ke kilang tekstil, gentian kapas dimampatkan menjadi bebrapa bendela, kemudian digred mengikut standard yang berasasakan purata panjang, kebersihan, pemutihan, kehalusan, kekuatan dan kematangan.

II.     PENYERAPAN LEMBAPAN

Di kilang bendela dibuka dan dimasukkan ke dalam mesin khas supaya jenis kapas dapat diadun bersama. Gentian kapas dileraikan menjadi lapisan nipis yang dinamakan lap. Pada masa yang sama, benda asing seperti pasir, cebisan daun dan butir-butir biji dikeluarkan.

III.     PESYISIRAN

Lap ini dimasukkan ke dalam sebuah silinder berputar yang bergigi yang akan menarik lapisan tersebut. Proses ini adalah untuk meluruskan gentian yang panjang. Gentian yang pendek dikeluarkan dan disisir semula untuk dijadikan spun kapas.

 IV.          PENIPISAN

Proses penipisan ini melibatkan penyusunan gentian mengikut susunan selari melalui penggelek yang menipiskan gentian untuk dijadikan yan.

 V.         PEMINTALAN

Yan dipintal dan dililit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterusnya ditenun menjadi febrik.

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!